Skip to main content

TIPS Pemilihan Shawl/Veil

Hii ,

Disebabkan ramai sangat yang tanya TIPS untuk pilih Shawl/Veil, so arini kite post entry khas untuk B2B yang masih lagi blur-blur nak pilih cutting tu. 4 Aspek penting yang perlu kita nilai sebelum buat keputusan untuk design/cutting yang kita nak pilih ;-


1) BENTUK MUKA



HEART/TRIANGLE
Pastikan lilitan shawl menutup bahagian tepi dahi supaya pemakai tidak kelihatan seperti dahi luas. Atau boleh pakai shawl bersama inner kedepan sikit supaya muka nampak lagi sekata.

LONG
Jangan bentukkan tudung terlalu tajam supaya tidak nampak muka lagi memanjang. Seeloknya lekapkan shawl pada muka.

SQUARE       
Pilih shawl yang jenis boleh bentuk supaya muka kelihatan memanjang. Elakkan dari pakai shawl yang lilit ikut muka supaya tak nampak terlalu melebar dan menonjolkan tulang rahang.

OVAL/ROUND
Sesuai untuk pakai shawl yang ada Applique, untuk highlight lebih menarik boleh dipadan kan dengan inner yang melekap pada dahi sekiranya pakai Plain Shawl sahaja.




2) BENTUK BADAN


BANANA/HOURGLASS
Sesuai untuk pakai mana-mana cutting veil.

APPLE
Pilih veil paras punggung supaya bahagian dada dan punggung nampak seimbang.

PEAR
Pilih veil yang labuh paras pinggang supaya mata tidak tertumpu pada saiz punggung yang lebar. 


3) KETINGGIAN 


PENTING : Walaupun bentuk badan penting untuk tentukan cutting tapi jangan lupa pasal TINGGI korang jugak. Ini sangat penting !


KURUS TINGGI :
Boleh pakai yang jenis meleret, tak ada masalah untuk pakai mana-mana jenis cutting. Sebab bentuk korang dah IDEAL.

GEMPAL PENDEK :
Jangan pakai Veil jenis labuh, korang hanya sesuai pakai labuh hingga Mid Hip sahaja. Kalau tak nanti nampak lagi rendang dan gemuk.


4) TEMA MAJLIS/WARNA


Tentukan apa TEMA majlis korang dulu. ARABIC/ ENGLISH WEDDING/BOLLYWOOD??? 
Setiap tema ada beza dari segi detailing. Contohnya yang tema BOLLYWOOD opkoz kena pakai manik yang lebih meriah, color lebih contra & heavy.

WARNA pula tidak terhad sebenarnya. Bergantung kepada taste masing-masing. Sama ada sedondon/kontra memang tak jadi masalah asalkan color yang dipilih mestilah sesuai.

Comments