Skip to main content

#STCplanning : KURSUS USAHAWAN VIRAL


Alhamdulillah kakya berkesempatan untuk sertai kursus ni. Walaupun tempahan tengah banyak, kakya terpaksa curi masa untuk hadiri majlis ilmu macam ni sebab peluang tak selalunya datang. Betul tak? Ramai yang terkejut sebab kakya datang dari Pahang ke Melaka semata-mata untuk hadiri kursus. Actually mana ada peluang kakya akan pegi kalau berkemampuan tak kira lah jauh mana pun. In Shaa Allah.


Kursus kali ni diadakan di Melaka (MITC HOTEL, Melaka) dibawah kerjasama syarikat VIRAL NIAGA. Walaupun selama 3H2M shj tapi kakya sempat belajar banyak ilmu baru. Kalau nak menulis berkenaan dengan input kursus nanti takut korang tak paham pulak. Hihi. Jadi kakya kongsikan lokasi dan servis yang superb dari pihak MITC HOTEL.



Nasiblah ada kawan ni Melaka ni dapatlah menumpang semalam dekat rumah BFF kakya (Fatin ummi to be) Sekitar lobi hotel yang sangat luas dan cantikkkk giler.





Bilik kakya untuk 3H2M, superior je tau tapi cantik sangattt. Kalau tengok dalam Booking.com dalam RM197/nite. Tapi sangat recommended !














Ruang makan yg sangat luas, menu makanan dia memang tak kedekut langsung. Banyak sangat pilihan makanan tak kira breakfast/lunch/dinner. Makanan truly rasa mcm masak dekat rumah semua secukup rasa sedapnya.



Jumlah peserta seramai  24 orang. Majoriti orang Melaka sendiri, tapi ada jugak yg dari JB & Seri Kembangan. Yang lain semua nampak kusyuk sangat mengadap laptop sebab majoriti ramai yang first time buat website sendiri. Excitedddd sesangat lettew :p


Tak pasal Kakya dapat nama jolokan "kakak femes" sebab suka sangat selfie dalam kelas haha plus sebab suka sangat tangkap video syok sendiri dekat Instagram. Memang lah malukan sebab selalu sangat tunjuk muka dekat IG, tapi sebenarnya tu salah satu cara kakya untuk dapatkan kepercayaan daripada followers.



Sekitar bilik kuliah selama 3 hari, semua slot berkenaan dengan internet jadi semua kena bawak laptop sendiri. Apa yg lagi best semuanya praktikal, sambil speaker bagi talk kita terus buat sama-sama. Jadi ilmu tu senang nak lekat.



Disebabkan kursus tamat pada hari Sabtu, jadi kali ni pihak penganjur buat majlis penutupan pada hari ke-2. Apa yang paling best sekali bagi kakya ialah time makan. Bukan sebab makanan sedap-sedap tapi time ni lah kita dapat bernetworking dengan peserta. Manalah tau boleh JV ke kongsi ilmu sikit-sikit ke kan? Kalau dapat luaskan tapak STC lagi lah rasa bertuah dan berbesar hati.





Sijil yang keberapa entah, kakya pun tak ingat. In shaa Allah setiap ilmu yang kakya cari ni, kakya akan applykan dalam masa akan datang. Tak rugi pun kita kumpul ilmu, yang ruginya kalau kita bodoh sombong tak tau tapi tak nak belajar. Betul tak?



Sesi bergambar selepas selesai modul kursus. Alhamdulillah memang tak pernah rugi kalau dapat sertai majlis macam ni. Kawan-kawan sangat supportive dan sangat low profile.


Untuk tugasan terakhir kursus ni kami semua diberi cabaran untuk rekod video dan upload pada mana-mana medium online. Jadi kakya pun tak terlepas dari cabaran tu. Haha. Sape yang tak penah tengok kakya, boleh lah play video dekat bawah ni. Maaf le tau kakya ni tukang jahit manik je, bukan pengacara atau model yang pandai cakap. Alhamdulillah walaupun video ni seminit je tapi dah dapat feedback dari follower untuk join kelas jahit manik bulan Puasa nanti. in shaa Allah.


Comments