Skip to main content

Fabric Hunting

                                

Ada yg tanya kakya macam mana nak tempah ikut warna tema kahwin masing-masing. Bagi yg belum tahu kakya buat servis custom made, di mana semua tempahan adalah 100% mengikut citarasa dan permintaan customer.

Untuk pilihan warna kakya tak gunakan katalog, apa yang korang boleh buat ialah SHARE GAMBAR warna baju yang low lighting effect atau bagi yang was-was boleh terus poskan kain perca/baju untuk padanan warna shawl/veil dgn baju korang nanti.

Alhamdulillah dah 5 tahun kakya buat servis macam ni dan rata-rata customer berpuas hati dengan servis yang diberikan. proses custom made ambil masa 1-2minggu dari tarikh bayaran deposit diterima, tetapi bagi warna yang RARE & tarikh yang HOT kakya prefer korang buat tempahan lebih awal lagi.

Entry kali kakya nak share sedikit proses Fabric Hunting. FYI, Kakya akan restock barang di KL sekurang-kurangnya sebulan sekali atau kalau tempahan banyak kakya akan buat trip 2x sebulan mengikut tempahan. 



Trip 15.8.2017 (Kuala Lumpur)


Setiap kali trip kakya akan keluar rumah seawal 6.30 pagi untuk kejar trip bas pertama ke KL.Perjalanan dari rumah kakya ke bus stop Temerloh ambil masa lebih kurang 50 minit.


Trip paling awal ke KL mula dari 7.30 pagi setiap hari dan ambil masa 2 jam dari Temerloh ke Bus Stop Pekeliling.


Dalam 9.00 akan sampai KL kalau tak jammed. Kalau stuck mmg lambatlah sampai. Yes semua kakya naik public transport je untuk jimatkan kos transportation. Sampai LRT Titiwangsa akan ambil tiket ke Bandaraya untuk trip beli kain.


Sementara tunggu kedai kain bukak, kakya siap-siap isi perut dulu sebab kalau dah mencari barang memang berejam-rejam tak sempat nak makan & minum.


Kedai kain pilihan utama kakya ialah Gio Fabric. Kain dekat sini semuanya berkualiti tinggi dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Tapi tak semua warna & material ada dekat sini. Ni yang membuatkan proses beli kain jadi lama.


Bagi yang poskan baju/kain perca sangat memudahkan proses utk cari kain. Kakya akan bawa sekali segala kain perca/baju utk restock kain. 100% warna kakya akan ikut macam sampel yg customer bagi. Jadi tak perlu risau kalau color tak match. Jadi kita pun tak rugi bayar mahal-mahal kan?


Untuk tempahan yang menggunakan lace kakya prefer customer sediakan sendiri material lace, jadi senang untuk korang cari ikut kesesuaian bajet masing-masing. Setiap design & jenis lace berbeza. rata-rata design yang latest mula dari rm250 per meter keatas.


Antara kain yang menjadi pilihan kakya ialah Heavy Chiffon, Chiffon Cerruti & setaraf. Setiap jenis kain yang digunakan berbeza mengikut avaibility warna pilihan korang. Tapi walau bagaimanapun kakya cuba dapatkan the best quality untuk korang. So far semua berpuas hati dan selesa pakai material yang kakya pilih.


Selain dari Gio Fabric, kakya suka cari kain dekat Jakel Mall. Banyak pilihan warna dan kualiti yg ada mengikut bajet customer kakya. Staff pun semuanya ramah senang untuk deal harga.



Tak dinafikan ramai sangat yang drop order tapi tak sediakan gambar/kain perca untuk rujukan kakya. Contohnya "kakya, sy nak color light blue tau. Color tu nak soft je taknak pekat-pekat"Awak tengok sendiri kalau dekat kedai banyakkkkkk sesangat tone yang lebih kurang sama jadi memang sangat-sangat susah kakya cari kain kalau tak ada rujukan warna dari customer. Ada yang kakya terpaksa beli kain sampai 3x untuk sorang customer sebab color tak match/tak kena dll. Apa yg kakya mampu cakap kalau tak sediakan kain perca/baju mmg kakya tak dapat nak janji color 100% sama mcm ape yg awak nak. 


Siapa yang pernah beli kain dekat Gulatis je tau harganya macam mana. Kain chiffon yang kakya gunakan dekat sini rm35/m. Kalau semua tepat tak ada warna memang terpaksa sebenarnya beli kain dekat sini.

Settle semua proses beli kain baru boleh lunch selalunya pukul 4ptg keatas. Rehat sekejap terus gerak ke bus stop untuk balik ke Pahang balik. Memang setiap trip ke KL kakya balik hari je. Jadi memang terpaksa cuti buat keje & reply wasap customer.


Trip balik 5.30 ptg, sampai Temerloh dalam 7.30mlm memang sepanjang jalan tidur tak sempatlah nak baca wasap sebab penat sesangat jalan sehari suntuk cari kain. 



Seriously bukan mudah ye nak cari kain ni. Sedangkan kita cari baju kawen sendiri yang sehelai tu pun dah pening kepala ini kan pulak nak mencari kain ramai customer dalam satu masa. Tapi ni lah kerja kakya, ada orang nampak senang untung banyak tapi sebenarnya bukan senang ye kita nak ambil duit orang. Banyak hidden cost yang orang tak nampak. Kain net pun kakya beli RM20/m, untuk sehelai veil pakai dekat 2m kain. Ramai sebenarnya yg jual RM50 all in, minta maaf sesangat kakya bukan sesaja nak jual mahal. tapi kos kakya tinggi. Tiap orang tak sama ye cost yang terpaksa dikeluarkan. Tapi apa yg kakya boleh janjikan ialah once korang dah bayar duit, tak perlu lagi risau veil tak siap ke tak cantik ke defect atau sebagainya sebab semua yg kakya keluarkan adalah 100 % tailor made & proses sendiri tak ada sub sesiapa. Kualiti dapat dikawal & berbaloi dgn harga yang dibayar.


Semua manik yang kakya gunakan berkualiti tinggi dan tidak karat. Nampak macam sikit je kan tapi kos ni pun dah ratusan ringgit. Top up ikut keperluan sahaja. 







Comments