Skip to main content

Idea Veil Nikah : #FashaVeil (Haqiya & Suami)


Trend 2017 ramai pengantin yg mahukan tema yg simple tapi elegant kan? 

Jadi untuk design terbaru ni kakya keluarkan design yg minimalist sesuai untuk bakal pengantin yg mahukan something yg ringkas. Apa yg paling best bride to be semua dah tak perlu bersusah payah untuk cari padanan crown dah sebab dengan veil ni korang confirm akan kelihatan WOW sangat. 

Kakya menggunakan element bunga untuk tonjolkan bahagian kepala dan dihiasi dengan manik jenis kaca untuk menyerikan lagi si pemakai.  Kakya percaya ramai yg akan jatuh cinta dengan design kali ni. Material yg digunakan masih lagi Net Veil/Net Tulle lembut yang akan bagi effect ekslusif pada si pemakai.

Untuk semua tempahan kakya lakukan secara custom made dimana setiap koleksi yg dibuat adalah mengikut permintaan customer sendiri. Semua aksesori yg digunakan boleh mengikut warna tema masing-masing. Utk Fasha Veil kakya masih mengekalkan cutting veil (two layer) tapi ade sikit perubahan/olahan pada pleated dimana untuk design ni bahagian detailing sedikit lebar dan heavy berbanding dengan design sebelum ini.


okey itu saja serba sedikit berkenaan koleksi yg terbaru untuk tahun 2017. Jadi mari cuci mata dengan gambar yg kakya kongsikan dibawah :



Bahagian Pleat dihiasi dengan design bunga yg tengah trending sekarang dan dihiasi dgn glass beads untuk menambahkan lagi seri veil.

close up bahagian pleat veil

pandangan dari belakang untuk veil. Labuh standard 31"

pandangan dari sisi



Koleksi gambar pernikahan Haqiya dan suami 





Comments