Skip to main content

Idea Veil Nikah : #ScatteredPearlVeil (Shira & Suami)

Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah kita kan? Entry kali ni lain sikit dari sebelum ni. Kali ni kakya nak share design yg Shira request ni. Tak macam sebelum ni kebanyakan kakya buat veil semua jenis double layer, tapi kali ni customer kakya request untuk veil jenis single layer shj. Detailing opkoz masih lagi on track iaitu simple tapi nampak ekslusif walaupun dengan harga bajet.

Semua tempahan 100% mengikut permintaan dari customer sendiri. Contohnya kali ni Shira sendiri request utk veil yg potongan sedikit curve di sisi veil. Kalau sebelum ni kita selalu nampak yg jenis berpenjuru je kan? Actually potongan jenis curve ni effect dia lagi cantik sbb akan bagi effect yg lebih flowy pd veil korang nanti. 



Padanan shawl kosong + #ScatteredPearlVeil 
RM120/set Free Postage seluruh Malaysia
Material :- shawl (heavy chiffon) ; veil (tulle/net)
Cutting : Shawl jenis Halfmoon (1.5m x 0.7m) ; Veil jenis curve labuh 33'
Aksesori Veil : Manik Pearl, Hotfix & Chunky Beads



Sweetkan color tema Shira ni? Off White & Pink memang melting la jiwa perempuan macam kita ni. Utk close up detailing pada veil boleh scroll down ye :)





Manik pada veil kakya matchingkan dgn color poppy flower pada baju Shira ni baru ni harmoni bila pakai. Campur sikit taburan manik pearl tone pink dari cerah hinggalah yg paling gelap.  

Actually color off white yg sekarang ni pun ada dua tone tau. Satu macam keputihan, yg lagi satu macam nak ke krim macam ni. Jadi utk lagi selamat meh poskan baju korang macam Shira ni buat :)






               

Lama no nak tunggu gambar dari Shira ni tau.Hihi. Yelaaaa tempah awal sangat sebab tak nak kalut semua benda nak last minute. Mulalah shawl color lain, baju color lain nanti. Betul tak? Yeayyyyy dapat another positive feedback dari customer kakya. Alhamdulillah semua appreciate hasil jahitan kakya ni. TQ sesangat korangggg. Okeyyy jom tengok gambar yg Shira share kotlah nak buat macam ni jugakkkk. Bolehlah cuci mata dulu. Harga pun murah je, apepun meh tengok dulu tau.


        



Melting takkkk tengok pengantin kakya ni? Nak nampak cantik untuk hari majlis bukan baju saje yg penting tau. Shawl & veil pun banyak main peranan. Pastikan material tudung tu biarlah yg jenis tak panas. Yelah pengantin ni mulalah nervous confirm kuat berpeluh, jadi material utk tudung tuuu pastikan yg tak nampak kesan bila berpeluh & kalau boleh elakkan material satin. Measurement shawl pun penting. Jangan terlalu panjang atau terlalu pendek. Nanti kang bila belit tudung sampai 2-3x takut korang pengsan je Hihi. Oleh sebab tu kakya memang buat cutting yg tak terlalu besar, sekali belit shj dah siap. Nak pakai pun senang & selesa bila pakai lama untuk photoshoot dll.


Okeyyy itu saje sharing kakya untuk kali ni. Macam biasa jemputlah follow/share posting kakya ni kalau korang rasa dapat membantu B2B diluar sana untuk dapatkan idea pemakaian tudung & veil untuk nikah. 

Jangan lupa follow IG/FB kakya lepas habis baca posting ni tau. FOLLOW SIMPLYTOUCHCREATION untuk dapatkan latest update & trend pengantin yg terkini. ATAU boleh wasap kakya +60175442628 utk sebarang pertanyaan/tempahan.


       











Comments