Assalamualaikum, Hi semua ! Sorry korang lama tah update blog kakya ni, dekat dua bulan jugak tak update entry baru. Busy sesangat barangkali. Hihi. Alhamdulillah pertengahan Mac 2018 yg lepas kakya terpilih untuk join kursus under Bahagian Pembangunan Usahawan Mara HQ untuk kursus PATTERN MAKING DEVELOPMENT di Klana Resort Seremban 5h4m. Kursus ni select dari permohonan program MIF yg lepas. Bagusnya MARA ni once korang dah register dorang akan guide kita terus. Permohonan yg ada dlm database dorang shj yg akan dipanggil untuk join program. Apa yg menariknya ni kali pertama kakya join kursus Mara yg fokus kpd bidang fesyen. Mcm sblm ni kakya selalu join kursus keusahawanan shj tp this time lain sbb betul-betul dalam industri fesyen sendiri. Apa yg menarik speaker yg dijemput pulak Expert dari Indonesia, even serata Asean ni mmg akan kenal speaker kursus kali ni iaitu Mr Nathan.
Kursus hari pertama start pukul 8.30pg, boleh imagine tak macam mana rushingnya kakya nak sampai hotel before kursus start dahlah kakya naik public transport je. Memang gigih la travel pepagi sorang diri. Pukul 6.16 pagi dah terpacak dkt Lrt Cheras. Btw kakya terpaksa transit KL sehari sebelum menumpang rumah abg. Kalau dari Pahang mmg lagi haru lah. Tu pun nasib baiklah ade jugak tempat nak menumpang. Kan?
Naik Lrt turun di BTS untuk tukar KTM menghala ke Seremban. Naik KTM ambil masa sejam jugak dari BTS tu. Dah sampai Seremban kena ambil cab utk ke hotel, nasiblah dekat je dgn hotel & kakya sampai awal 8.20pg dah tercongok dahhh dekat hotel. Perjalanan semua smooth, nasiblah dah biasa kemana-mana sorang taklah rasa susah sangat cuma kena berani jelah sikit bila dkt tempat orang ni.
Bilik kuliah kiteorang selama 5hari. Kalau join program MARA tempat mmg selesa sesangat dorang sediakan. Tapi tulah kita je suka sangat join kelas yg beribu-ribu sedangkan ada je tajaan dari goverment. Apa pun kenalah bijak ambil peluang kan? Ramai je yg marah kakya kenapa tak share info kalau ada kursus mcm ni. HAHA bukan taknak share uols, kekadang tu dah majuk dah kita share tapi orang krikk krikkk je. Bila kita pegi pompanpompang pulak cakap tak hajakkkk. Hihi. Ape kakya nak cakap kalau korang nak ape-ape korang pun kena usaha sendiri jangan harapkan semua benda orang nak suap. Lagi pun program ni special sikit sbb selalunya peserta kursus 25org keatas tapi kali ni MARA invite 16 org shj. Bukan murah kursus ni semua, jadi dorang akan select yg betul-betul berminat shj & boleh bagi komitmen 5hari. Kalau jenis kejap-kejap nak update laki nak update anak buat apa mmg payah sikit la tau sbb jadual kursus mmg sampai ke tengah malam. Jadi komitmen dari peserta sgt penting.
Korang datang bawak diri dan otak je yg lain semua MARA sediakan. Tak dinafikan kursus kali ni paling mencabar. Peserta semuanya dikalangan Expert dlm bidang jahitan. Ada antaranya pemenang/peserta MIF 1session dulu pun join sekali, Cikgu Giatmara, Ketua Hakim Bidang Jahitan, Fashion Designer & bekas pelatih Giatmara sendiri. Walaupun Expert tapi pengetahuan dalam membuatan pola guna CAD ni benda baru untuk semua orang, rata-rata semuanya tak pernah guna sistem ni. Basically pola semua bt manual guna tangan je kan? tapi kalini kami diberi pendedahan untuk draw pola berkomputer untuk tujuan komersial pembuatan baju Ready To Wear (RTW) Sistem ni bukannya benda yg baru dalam industri pembuatan pakaian tapi di Malaysia sendiri tak ada expert untuk menghasilan pola berkomputer. Setakat ni boleh imagine tak?
1st day kursus pengarah MARA Negeri Sembilan sendiri dah turun padang untuk tengok perjalanan kursus, sempatlah kiteorang bergambar dgn Pn Mimi untuk report masing-masing. Hihi. Peserta kursus berumur dari awal 20an-40an, mmg tak ada limit umur kalau nak join program MARA, asalkan betul-betul minat & boleh bagi komitmen shj. Apa yg penting hanya untuk Bumiputera shj.
Mata dah rabak bila attend kelas dari 8.30pagi sampai ke 1pagi. Kau boleh imagine takkkk sakit dia macam mana mengadap laptop memanjang. Dahlah mata kita ni mmg rabun, rehat pun untuk makan, mandi & solat je. Kau nak berguling atas katil pun mmg tak sempat. Mmg struggle lah nak habiskan modul & latihan.
Ni contoh pola asas yg kiteorang buat semasa kursus. Salah pola asas ni maka salahlah segala mak nenek task yg dibuat selepas tu. Nampak mudah kan? Tapi nangislah kau nak fahamkan segala tools, silap-silap tekan mouse pun boleh salah. Modul kursus ni kalau ikutkan untuk semua faham ambil masa 6 bulan kelas, tapi we all pulun dalam masa 5 hari untuk belajar everything. #Bertabah je mampu kakya cakap tepu dia mcm mana.
Contoh pola yg kami buat dah siap basi Simple je tengok kan.
Gigih dalam bilik pun sambung lagi tengok task.
Akhir sekali bila dah siap pola yg kita draft tu akan compile macam ni untuk proses printing. Disebabkan kelas buat dekat hotel jadi kami semua terpaksa pergi menumpang ke Bengkel Pn Bak (Bak's Creation di Senawang) untuk printing pola. sape yg tak kenal Pn Bak ni kan? dia pun salah sorang Expert Malaysia. Sesiapa yg nak sambung SKM,VTO dll boleh lah risik khabar dekat sini.
Nilah dia printer yg kita guna untuk print out pola. Namanya kalau tak silap plotter, tapi harganya ratusan ribu ringgit. Mampu ?
Sesi amali dari peserta program sendiri untuk buat "happy pants"
Eyebag semua dah keluar dah bila hari-hari terakhir kursus ni.
Roomate kakya untuk 5hari ni. Kak Izah namanya. Hi kakkkk !
Untuk hari terakhir kursus kami diberi pendedahan untuk teknik mengukur dan melukis pola untuk pakaian eksekutif iaitu kot/jaket/seluar. Kalini speaker dari dlm Malaysia shj iaitu TEsuto.
En Kamal ni mmg expert untuk buat baju kot koprat. Harga upah untuk sehelai kot boleh cecah ribuan ringgit untuk teknik BeSpoke. Kalau sebulan dapat 4 tempahan je dah berapa ribu tu upah je? Korang kiralah sendiri. Paling murah pun katanya rm800 utk sehelai kod.
Merasalah kakya tengok material yg diimport ni semua. Ada yg ribuan harganya per meter. Kalau tak mampu nak pakai ustom kau pakai jelah yg ready made dkt H&M je. kakya pun mampu tengokkk je. Berangan nak ada sampel macam ni barulah nampak profesional sikit kann kann kannnn?
Si Cilik bukan sebarang cilik. Baru je umur 19tahun, Wahyu namanya pembantun kpd Mr Nathan, dialah yg banyak bantu kakak-kakak ni semua. Tanya punya tanya 2bulan je dia ambil masa untuk expert dlm penggunaan sistem bt pola tadi. Mmg hakak salute sgt dgn kau dikkkk. 19 tahun orang Indon dah boleh mengajar, cuba kalau kita ni umur 19tahun dulu mcm mana? Hahaha sis kenot imagine la mmg gifted la cite dia si Wahyu ni.
Nilah bilik utk semua peserta. Satu bilik kongsi 2 orang. Siap ada bath tub lagi biliknya. Tak hargai lagi MARA tak tau la kan?
Menu dkt sini mmg belambak. Rambang mata nak pilih nak makan mana. Makan 6x sehari, pastikan jangan bawak baju kecik-kecik kalau pergi kursus. Bila kau dah stress belakang kompem makan banyak tak ingat punya. kan?
View hotel, pool besar & cantik tapi tak sempat nak berjalan ke sana sbb jadual penuhhh giler.
Okey setakat ni saje perkongsian kakya untuk kali ni. Doakan kakya berjaya dalam bidang ni tau. Tak minta jadi kaya tapi doakan usaha kakya ni membuahkan hasil satu hari nanti. Banyak lagi yg perlu kakya belajar. THANKS TO MARA sudi invite untuk join program ni. THANKS jugak kpd korang jgk sudi follow & baca entry kali ni. Hihi. Macam biasa jemput FOLLOW IG/FB kakya (SIMPLY TOUCH CREATION) dan kalau ada yg nak tanya/buat tempahan boleh terus wasap kakya je dkt nombor 60175442628
Comments
Post a Comment