Assalamualaikum to all followers.
2020 tahun yg mencabar bagi kita seluruh dunia. Corona ohh Corona sangat memberi kesan kepada aktiviti ekonomi and also sosial ! Kakya pun sangat terkesan dgn pandemic ni. Those yang follow kakya di Instagram & Facebook of course semua dah sedia maklum mengenai journey kakya dari Pahang to KL kan? Saje nak throwback few picture kenangan kakya dari Pahang-Perak and now di Setapak KL.
Januari 2014- November 2019 (Maran, Pahang)
Kakya fulltime housewife & run small business kakya ni dari Maran, Pahang. So that kalau korang google STC ni banyak appear tagging di Pahang sbb kakya mmg lama stay sana. Tapi disebabkan kakya mmg target kepada online audience shj jadi tak risau sangatlah pasal pindah randah ni. Tapi ramai jugak customer yg dari Pahang pernah walk in datang kerumah. Nanti ada rezeki kite jumpe lagi orang Pahang k! Sumpah kadang-kadang rindu giler dekat Maran tu. Tersangat tenang hidup dekat sana.
So hereee workstation kakya masa di Maran Pahang. Seronok sangat work from home dan yang paling seronok nye sebab kita kerja dgn benda yg kita memang minat. Hobi yg tak sia-sia & boleh generate income. Alhamdulillah :)
Disember 2019 - Julai 2020 (Seri Iskandar, Perak)
Alhamdulillah selepas bertahun-tahun menanti untuk pindah, rezeki husband dapat transfer to KL & disebabkan kakya mengandung time tu (TTC 6years) dgn high risk pregnancy kakya terpaksa pjj sementara dgn husband and decided utk stay dgn parents di Seri Iskandar Perak sampailah habis pantang. Itu yg ramai customer asyik tanya kenapa address tak sama, google pahang tapi tetiba di Perak. Hihi sooo sory okey. Takdan nak explain seketui-seketui. Utk yang baru nak bt tempahan kadang-kadang mmg meragui lah kan kalau kejap sane kejap sini. Kakya dekat Perak mmg kejap sangat tapi Alhamdulillah lah rezeki masih ada walaupun sarat mengandung time tu. Memang rezeki anak sangat. Beranak 1week before raya jadi sepanjang ramadhan sampai ke Julai 2020 mmg kakya close semua tempahan utk fokus pada proses berpantang. Habis je confinement kakya terus pindah ke KL. Yahooooo !
Walaupun duduk hanya sementara workstation harus mendatangkan mood gittew. So husband tolong dekokan bilik kecik dkt rumah mak. Haha kakya just bawak beads, table, mesin portable & tools jahit yg penting-penting je balik Perak ni. Deko sesimple yg boleh sbb ni lah bilik tidur dan ni lah jugak bilik utk buat keje.
Happy me tengah menunggu untuk customer nak datang hantar baju. Dimana mana kita duduk in shaa Allah ada rezekinya kalau kita betul-betul usaha. Be focus & give the best je !
Ogos 2020 (Setapak, KL)
Finally kakya settled semua proses pindah, Susah sangat ye bagi kiteorang utk dapat transfer ke KL ni. Dapat arahan tukar pun time tu kakya dalam ward lagi. Memang rezeki anak la dapat transfer ke KL ni, tapi tulah Covid ni sapelah yg tak terkesan kan. Kita ni hanya merancang je tapi tak sangka pulak helok je pindah sini kena PKPB lah ape lah. Customer nak walk in pun takut, nak jumpa orang ramai pun takut. Alhamdulillah lah ramai yg faham & rezeki kakya tak putus-putus walau dimana pun berada gittew. Tapi up & down tu biasalah kan. Tiba musim raya memang tak menang tangan tapi ada masa rileks sesangat pulak. Hihi...
Rumah sekarang mmg kecik compare to rumah Pahang. Deko tetap deko walaupun sehari berapa jam je sempat lepak dalam bilik ni. Tak sempat dah nak mereput dalam bilik jahit, anak asyik memanggil mami dia je. Alhamdulillah dah 3 bulan stay sini, tapi ramai jugak dah customer kakya yg datang bertandang ke rumah. Thanks korang sentiasa ada yg support biz kakya ni. Jangan lupa tau follow IG/FB kakya, dekat situ kakya selalu update pasal new design utk beads & custom shawl/veil. Tak sempat nak update blog selalu tapi i try okey :)
Tema hitam pulak kali ni, semua ke dinding, senang tak risau anak nak mencapai manik nanti.
Coffee corner wajib utk kakya utk boost power gittew. Kalau takde idea or takde mood wajib lepak kopi-kopi dulu. Sape geng ?
Comments
Post a Comment