Skip to main content

Idea Veil Nikah : #KesyaVeil (Zeyra & Suami)

Posting yg sudah  kakya dah share design yg sama jugak iaitu #KesyaVeil .  Agaknye kenape kakya suke share design ni agaknye ye? Sebenarnya ramai yg masih confuse nak pilih veil untuk majlis nikah. Biasalah kan kite ni perempuan kalau boleh nak tengok banyak-banyak gambar dulu baru boleh bayang sesuai ke tidok dengan baju kite tu nanti, lepastu fikir pulak sesuai ke dengan konsep majlis kite. Kan? Jangan risau kakya faham sangat masalah korang tu. Jadi kakya kongsikan lagi gambar pengantin iaitu customer kakya (Zeyra) yang gunakan design ni untuk majlis nikahnya November lepas.




"MACAM MANA NAK PILIH WARNA? MATERIAL PULAK MACAM MANA YE?  "


Semua tempahan kakya lakukan secara custom made dimana semua set kakya buat ikut permintaan customer sendiri. Jadi siapa yg rajin stalk ig/fb kakya akan perasan "ehhh kenape picture veil ni nampak labuh, ehhh ni pendek pulak, Peningnye, mana satu labuh yg betul ni. Kang order senteng pulak " betul tak? Haaa ni lah bezanya produk custom made dgn ready made. Semua kakya buat ikut measurement yg customer minta. Macam Zeyra ni kecil orangnya, so dia da request awal-awal taknak labuh sangat. Jadi kita proceed dgn standard size sahaja (31")


Untuk pemilihan warna ada dua cara : SHARE GAMBAR @ POSKAN BAJU/KAIN PERCA

Disebabkan masa Zeyra tempah ni dia berada dekat Saudi jadi kakya rujuk gambar shj masa proses beli kain. Yup kakya mmg tak ada katalog untuk warna kain sbb kakya bukan simpan stok kain. Ada tempahan masuk kakya akan kumpulkan 2-3x sebulan untuk cari material. Semua warna kakya follow gambar atau bg yg bekalkan kain perca/baju kakya akan bawa sekali utk padankan. Tapi jgn expect warna akan 100% sama ye kalau korang hanya share picture. Maklumlah kalau rujuk gambar ni mesti ada effect kan? Tapi kakya akan cuba cari yg terhampir dgn gambar yg korang bagi tu nanti. 

Material kakya gunakan soft tulle/soft net untuk veil & heavy chiffon/italian chiffon silk untuk shawl. Rata-rata memang suke dengan material ni sbb tak panas dan selesa kalau nak photoshoot bawah panas pun. Hihi. Harga hanya RM130 shj per set inc shawl & veil ; free postage seluruh Malaysia tau.



Bukan satu kedai je untuk cari material net ni, banyak kedai sebenarnya. Cuma kalau ada luck sekali pegi dah terus jumpa warna yg kita nak. Tapi ada jugak yg kakya terpaksa ulang alik Pahang - KL untuk cari warna yang sesuai. Sebenarnya proses fabric hunting ni yg makan masa tau. Jadi sebab tu jugak harga custom made ni tak sama dengan produk yg ready made. Kakya tak beli kain secara gulung kakya beli per meter je dikk. Harga pun bukannye murah.



Ni dia set yg ditempah oleh Zeyra tadi, color ikut gambar lace tu je. Design manik & color manik pada veil tu boleh pilih sendiri tau. Yang ni semua boleh ubah. Kalau nak upgrade batu pada shawl tu kepada batu swarovski pun boleh tapi yg ni ada tambahan caj la tau yg kakya kenakan nanti. Hasilnya memang lagi cantik kalau pakai batu swarovski. 


Positive feedback dari Zeyra sendiri. TQ :)





Amacam dah dapat idea ke belum ni? Ke nak kakya share lagi gambar untuk design ni? Hihi. Macam biasa untuk sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp kakya +60175442628 atau nak lagi senang meh la follow IG/FB kakya Simply Touch Creation. 



Thank You korang sudi singgah blog kakya ni !

Comments