Banyak sangat permintaan untuk design #KesyaVeil ni sebenarnya. Tak dinafikan banyak sangat seller yg menjual design ala-ala Kesya Veil ni. Tapi ape yg menariknya kalau tempah dgn kakya korang bukan saje dapat request warna shawl/veil ikut warna tema, tapi korang jugak boleh tetapkan sendiri design manik & gabungan warna untuk manik. Lebih dari 8 design manik untuk korang pilih. Tiada tambahan caj untuk setiap perubahan warna manik.
Length untuk veil pun sedang elok untuk semua ketinggian. Standard size veil untuk design ni ialah 31" bagi yang tinggi lampai boleh request utk size veil, surcharge kakya kenakan bergantung pada size yg diminta.
Kali ni kakya nak share tempahan dari customer kite yg baru melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember yg lepas (Nurul) dari Sendayan, Negeri Sembilan.
Customer poskan contoh kain utk kakya cari warna chiffon yg sesuai dgn temanya nanti. Bagi mereka yg mahukan color yg betul-betul matcing dgn color baju/tema mmg kakya sarankan untuk pos baju/kain perca supaya memudahkan proses #FabricHunting.
Design manik yg dipilih oleh Nurul. Combination warna manik pun Nurul yg pilih sendiri. Mostly customer sangat berpuas hati dengan design ni sebab ianya sesuai untuk semua jenis majlis. Bukan sahaja nampak simple tapi dapat berikan aura princess kpd pemakai. *Trust me memang mcm cliche sgt kan ayat kakya tapi ni lah feedback yg kakya selalu dapat dari customer semua. Hihi
Untuk shawl kakya gunakan aksesori batu hotfix supaya tudung tidak nampak begitu plain. Korang boleh request untuk upgrade kpd batu swarovski untuk naikkan lagi wow pd shawl nanti. Tak perlu sarat pun untuk naikkan seri pengantin. Cukup dengan padanan shawl, veil & baju yg ringkas macam Nurul ni. Setuju tak ?
Ada yang dah decide ke nak pakai design veil macam mana nanti? Sape yg mula jatuh cinta dengan design ni jangan segan-segan wasap (+60175442628) kakya untuk tempahan tau. Atau boleh follow IG/FB Simply Touch Creation untuk new update dari kakya.
TQ cuollls sudi singgah blog kakya.
Comments
Post a Comment