Utk kalini tempahan dari Kak Nora pengusaha Batik di Terengganu. Semua baju yang dihantar adalah batik. Biasanya customer hanya menghantar baju kosong utk ditambah dgn manik tapi kalini lain sikit. Dahlah bercorak, material batik pulak tu. Tapi dah siap memang puas hati sesangat.
Tambah Flower Patch & Simple beading untuk pakaian anak-anak. Bajet below RM90 sepasang termasuk kos lace, manik & upah jahit manik.
Tambahan 3D Flower dan Beads pd bahagian lengan. Bajet RM90 sahaja untuk kedua belah lengan.
Harga dah termasuk aksesori & upah jahit manik.
Utk design manik harga tak tetap tau dimana korang boleh bagitau bajet sendiri nanti kakya akan custom mengikut bajet. Tapi bajet biarlah realistik dgn permintaan :)
Utk baju kalini customer request untuk tambahan lace pada lengan & bawah baju. Lace kakya yg sediakan sendiri. Tapi design lace bergantung tp overall bajet customer. Memandangkan lace ada bermacam gred & harga, kakya lebih prefer untuk customer sediakan sendiri lace bagi memudahkan proses tempahan. Setiap lace yg dijahit ni dijelujur halur supaya lace nampak lebih kemas & tidak mengelembung.
Design lengan (Heavy) Bajet hanya RM150 untuk dua belah lengan termasuk aksesori manik & upah jahit. Manik yg kakya gunakan 100% jenis glass. Material berkilat & tahan karat.
Color bunga & beads boleh request jugak tau.
Untuk tempahan jahit manik boleh hubungi kakya +60175442628
atau utk tengok latest update boleh follow Instagram STC
Comments
Post a Comment