Assalamualaikum,
Entry kalini kakya nak tunjuk berkenaan dengan tempahan jahit manik utk majlih nikah. Kebanyakan pengantin akan menempah sendiri untuk pakaian nikah. Ada yang beli RTW sahaja kerana design RTW sekarang memang dah banyak yg sesuai untuk majlis bahkan lagi jimat.
Utk customer kakya kalini memilih dress dari jenama Minimalace untuk busana nikahnya. Walaupun bukan produk custom made tapi segala material & cutting sangat on point. Macam biasa untuk tempahan jahit manik utk majlis perkahwinan kakya lebih suka untuk mengikut bajet customer. Bila dah tau bajet utk beading memang senang untuk kakya plan design yang bersesuaian.
Utk pakaian nikah atau sanding kebiasaannya design akan diolah mengikut kesesuaian cutting baju atau material lace. Penampilan individu juga memainkan peranan. Bajet yang diberi utk baju kalini ini RM300 termasuk aksesori manik & upah jahit.
Setiap manik akan dijahit satu per satu. Untuk baju kalini kakya hanya gunakan Copy Swarovski untuk naikkan seri baju tapi bagi yang ada bajet lebih boleh juga untuk request Orinal Original. Harga akan dicaj mengikut pcs. Tona warna yang kakya gunakan adalah Off White dan Crystal Clear supaya dapat memberikan effect lebih exclusive pada dress.
Untuk sebarang pertanyaan/tempahan boleh whatsapp kakya +60175442628
atau boleh follow official Instagram STC
Comments
Post a Comment